Syarahan Dr Zakir Naik di KL: Antara hujan, dakwah, dan syahadah

Bayangkan anda berada di hadapan mikrofon dengan seribu satu persoalan tentang agama dan tuhan.

Saya tiba awal di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Kira-kira jam 5 petang. Walaupun syarahan Dr Zakir hanya bermula empat jam kemudian, hadirin sudah mula memenuhi kawasan perkarangan stadium.

Kebanyakan yang sudah tiba merupakan golongan muda; yang datang sendirian atau tiba beramai-ramai bersama teman.

Misalnya, Siti Madihah yang datang dari sebuah institusi pendidikan guru.

“Kami datang dua bas,” ujarnya sambil tersenyum.

1- Tak ada nama, tak boleh masuk

Tiba di kaunter pendaftaran media, saya terlihat seorang jurukamera sedang meluahkan rasa tidak puas hati. Continue reading “Syarahan Dr Zakir Naik di KL: Antara hujan, dakwah, dan syahadah”

Khutbah Jumaat perlu anjal

Sekadar pendapat saya nan jahil, betapa khutbah Jumaat di masjid tempatan perlu perubahan.

Minggu lalu, saya menunaikan solat Jumaat di lokasi lazim, surau Pudu Sentral. Paling hampir dengan pejabat.

Sambil mendengar khutbah, saya tiba-tiba teringat imam masjid yang paling hampir dengan kampung saya, Masjid Yaakubiah di Bukit Baka.

Namanya Lutfi, tapi kami semua panggil dia Haji Pi. Dia pernah jadi calon PAS bagi DUN Kemuning pada Pilihan Raya Umum 2008.

Namun bukan itu kisahnya. Saya teringat Haji Pi kerana khutbah.  Continue reading “Khutbah Jumaat perlu anjal”

Siapakah Eleanor Rigby dalam lagu The Beatles?

Hunter Davies menyingkap rahsia persona bernama Eleanor Rigby dalam lagu kugiran tersohor dunia, The Beatles.

[Sumber: Slate]

Saya perlu berterima kasih kepada Eleanor Rigby kerana dengan lagu itulah saya dapat benar-benar bertemu dengan Paul McCartney. Apabila lagu itu pertama kali ke udara, sebagai single dan pada album Revolver, saya begitu kagum dengan lirik dan iramanya sehingga saya memasang azam untuk berbincang dengan Paul tentangnya. Saya fikir, seperti semua peminat Beatles yang lain, pastilah dia yang menggubah lagu kerana dia yang menyanyi.

Sebagai wartawan dan pengarang kolum Sunday Times, saya mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding peminat lain untuk bertemunya, tetapi andai dia menggubah lagu itu dua tahun lebih awal peluang saya lenyap kerana ketika itu Sunday Times tidak pernah menulis tentang artis pop sekalipun dia berjaya.

Menjelang tahun 1966, golongan kelas menengah sudah mula kagum dengan Beatles dan bagaimana mereka mencipta muzik hebat walau tidak mampu membaca atau menulis nota muzik juga kebolehan mereka mengarang rangkap lirik indah tanpa pendidikan universiti yang baik.

Jadi saya bertemu dengan Paul di Cavendish Avenue, St. John’s Wood, London – yang masih menjadi miliknya sehingga hari ini. Saya masih ingat rumah itu selesa untuk didiami walau dia tidak tinggal lama di situ, dengan himpunan objek dan lukisan menarik. (Ada karya Magritte tergantung di atas pendiang api di ruang tamu utama.)

Tamannya, dari apa yang saya lihat, kelihatan terbiar seperti masih menunggu apa yang ingin dia kerjakan. Continue reading “Siapakah Eleanor Rigby dalam lagu The Beatles?”

Puisi Maharaja Hongwu mengenang Rasulullah

Sepanjang pemerintahannya, Hongwu pernah memerintahkan pembinaan masjid di beberapa wilayah misalnya Nanjing dan Guangdong.

[Sumber: Al Siraat]

Selain menjadi pengasas Dinasti Ming, Maharaja Hongwu atau nama sebenarnya Zhu Yuanzhang juga terkenal dengan kemesraannya terhadap agama Islam.

Ironinya, beliau juga tersohor sebagai maharaja yang gemar menyeksa penentangnya dengan menyiat kulit mereka hidup-hidup atau memotong sedikit demi sedikit anggota badan sehingga akhirnya mereka hilang nyawa dalam kesakitan paling dahsyat.

Sepanjang pemerintahannya, Hongwu pernah memerintahkan pembinaan masjid di beberapa wilayah misalnya Nanjing dan Guangdong.

Pada masjid tersebut diabadikan ukiran yang merupakan eulogi 100 patah kata atau bǎizìzàn yang memuji Islam dan Rasulullah.

100wordeulogy
Foto Tumblr

Ini tafsiran yang dapat saya nukil daripada versi bahasa Inggeris:

Sejak tercipta alam semesta
Tuhan memutus mahu mengutus
manusia ulung penyebar iman
dari Barat dia dilahirkan
diterimanya naskhah wahyu Tuhan
kitab tiga puluh bahagian
jadi panduan segala ciptaan
Raja bagi segala raja
Ketua sekalian yang mulia
berkat bantuan Maha Tinggi
solat lima kali sehari
dalam sunyi mengharap aman
menghadap Allah hati perasaan
diperteguh kudrat sang papa
diselamatkan mereka dari bencana
melihat walau dalam gelita
menyeru semangat dan jiwa
biar jauh dari dosa
rahmat buat seluruh dunia
kembaranya jalan warisan agung
dia menghapus segala noda
agamanya suci dan benar
Muhammad,
yang terulung dan mulia

Siapa perlu ganja andai media sosial sudah ada?

Kebanyakan penagih media sosial akan menafikan sama sekali ketagihan ini. Bagi mereka, berhimpun dengan teman sambil masing-masing merenung skrin telefon tanpa sebarang bicara merupakan gaya hidup normal.

Cadangan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail agar penggunaan ganja dibenarkan untuk rakyat ‘melupakan’ beban kos sara hidup menarik perhatian saya.

Sebenarnya, tanpa ganja sekalipun kita sudah ada ketagihan yang sentiasa dinikmati saat hati kita mendongkol geram dengan harga nasi lemak yang semakin mahal atau ketika poket sudah kering walau gaji diterima belum berusia seminggu.

Kita sebenarnya sudah lama dicandu media sosial.

Ketagihan media sosial bukan penyakit olok-olok

Pasti ramai yang pernah memasang azam sebegini:

“Aku mahu puasa Facebook tiga hari.”

“Hari ini aku tidak mahu baca timeline Twitter.”

“Aku tak akan semak Instagram minggu ini.”

Namun kita tahu cara azam ini berakhir. Selepas sehari dua, mata kembali menjeling puluhan bahkan ratusan notifikasi di skrin telefon pintar, kesemuanya merayu agar dibaca. Akhirnya kita tewas. Continue reading “Siapa perlu ganja andai media sosial sudah ada?”