Kispen 7: Durian

Buku jari Pak Seman sudah melecet. Nafas perlahan-lahan diceroboh cungap. Namun dia masih belum puas. Kakinya bertubi-tubi merodok rusuk Jani yang mengerekot di tanah.

“Ampunkan aku, Pak Seman. Ampunkan aku.” Suara Jani makin lemah.

“Sekarang kau rasakan! Rasakan!” Ihsan Pak Seman sudah lama menipis.

Sudah seminggu Pak Seman mencari puaka mana yang menyonglap durian di dusunnya yang entah berapa kangkang kera itu.

Dongak ke atas, tampak seperti ada yang sudah luruh. Tunduk ke bawa, ada bekas lubang-lubang pada daun-daun kering bertindanan.

Tapi durian lesap. 

Malam itu, Pak Seman sembunyi di tempat biasa. Di belakang bangsal lama. Badannya kurus tegap, mudah sekali menyelinap.

Tupai jatuh ke tanah jua. Kelihatan dua susuk berjalan perlahan. Seorang katik terhendap-hendap berkereta sorong.

Seorang lagi mengemudi dengan lampu suluh. Sebiji. Dua biji. Sungguh cekap dua maling ini. Hampir tiada bunyi. Senyap sunyi.

Pak Seman menunggu masa tepat. Penyorong kereta ketinggalan. Penyuluh melintasi bangsal lama. Pak Seman terjang dari belakang.

Batang kayu sisa turus pagar dihayun menghentak bahu Jani.

Ahhh! Jani bertempik. Si katik lari bertempiaran. Lampu suluh di tangan Jani sudah padam. Dalam pekat zulmat ini macam-macam ada. Lebih baik selamatkan diri.

Erangan Jani makin surut. Walau pedih senak menyentap segenap roma, Jani sudah hilang upaya merayu simpati Pak Seman.

Wajah Jani berpalut darah dan cemar tanah. Cabik dedaun kering melekat. Jatuh. Melekat lagi.

Pak Seman masih belum puas. Rezekinya lesap angkara pelesit ini. Dia memijak kepala Jani hingga mukanya tersembam ke tanah.

“Kau mahu makan hasil tanah aku, ya? Ha, makan! Makan!” Kakinya diinjak-injak.

“Mmpphh…mmpphh…” Entah apa yang Jani pinta.

Pak Seman kembali tegak. Hodoh sekali wajah Jani berpalut darah dan cemar tanah. Di tangan Pak Seman segenggam tanah.

“Biar aku sumbat usus kau dengan tanah ini. Biar tumbuh durian di dalam. Mahu?”

Dalam longlai tanpa maya, Jani menggeleng.

“Janganlah Pak Seman…cukuplah…yang di dalam mulut ini pun…belum habis kumamah telan.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s