Kispen 10: Itik

Saya ada bela itik.

Tidaklah comel sangat. Tidak, tidak sama langsung dengan imaginasi anda yang barangkali menayangkan itik-itik fiksyen – Donald Duck, Daisy Duck, Scrooge McDuck, Drake Mallard, Daffy Duck, Daphne Duck, Ming Ming Wonderpet, atau Psyduck.

Tidak sama. 

Itik saya biasa-biasa saja. Bulu pelepah putih. Sudu kuning berbaur perang.

Biasalah, di kampung. Sering saja itik saya bergaul dengan itik peliharaan jiran tetangga atau entah siapa empunya.

Ketika inilah terserlah perangainya.

Pertama, itik saya amat gemar dengan lopak-lopak air kotor. Pantang terlihat tompok air hitam ibarat dakwat, deras dia terkedek-kedek.

Lalu digomoli cemar noda itu tanpa silu, sambil bersaing dengan itik-itik lain.

Lebih banyak bulu putih bertukar legam, lebih nyaring dia berkuek. Lebih haring lebih molek.

Malah, bonuslah kalau terpalit sama tinja ayam atau tinja sendiri.

Kedua, itik saya pantang melihat rakan-rakan makan lebih. Salah saya juga. Kadang-kadang, saya beri sedikit. Dia terus cari rakan-rakan yang sibuk menyudu timbunan dedak.

Dia menyerodok semberono. Yang penting, perutnya penuh. Siapa punya dedak, dia peduli apa. Kalau tidak diberi lalu, disudunya rakan itu.

Ketiga, itik saya tidak pernah puas berlawan kuek dengan itik-itik lain. Saya tidak fahamlah apa yang mereka bualkan, tetapi sekali yang ini berkuek, yang itu balas.

Yang membalas mesti lebih kembang dadanya dari yang dibalas. Yang dibalas membalas semula. Lebih lantang. Lebih kembang.

Itik saya tak pernah kisah kalau saya marah dengan bingit dan bising dia bertarung dengan yang lain. Dia peduli apa. Yang penting dia menang.

Oh, ya. Saya lupa beritahu nama.

Nama itik saya Pol.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s