Kispen 20: Tunggu Ilham

Pak Su Him tarik nafas dalam-dalam. Tersekat. Dada ditikam-tikam pedih. Rengkung kontang terbakar. Haus.

Sudah tiga hari terbujur di kamar. Tidur berak semua di situ. Anak-anak bergilir jaga.

Di sisi kepala, anak sulungnya, Napi. Kumat-kamit meletus Yasin cair di mulut sambil tangan elus dahi Pak Su Him. Mata Napi direnung dalam-dalam.

Di hujung kaki, Ilah, paling bongsu. Dari tadi tunduk tanpa esak. Kelubung hitam litup muka. Kaku.

Faridah dan suami di sisi kanan. Masing-masing berteleku dengan buku Yasin di tangan. Mukhlis gelisah di riba Faridah, mulut terlekap botol susu.

Di sisi kiri, Adnan dan Azman. Kembar. Dari semalam tak kalih dari bilik Pak Su Him, melainkan solat dan jamah kuih. Baca ayat Tuhan.

Pak Su Him tarik nafas dalam-dalam. Masih pedih. 

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.

“Kalian pergilah solat raya. Aku bukan mahu mati lagi. Tinggalkan Napi di sini.” Pak Su Him gagahi peti suara.

“Tak apalah, Ayah,” Napi sambung elus dahi Pak Su Him, “kami solat di rumah saja. Semua pun tunggu Ilham, bukan?”

Napi faham benar tabiat Ayah. Keras kepala. Saat paling hampir ketemu Tuhan sekalipun dia tidak mahu simpati anak-anak. Sekali-sekala, Napi terpandang alir jernih dari kelopak mata Ayah yang dihurung kedut. Nampak ditahan-tahan. Ayah rindu benar dengan Ilham.

Anak nakal itu tidak pernah singgah lagi di rumah selepas keluar cari kerja di kota. Tiga tahun lalu.

Surat, panggilan telefon jarang-jarang. Itu pun pada Napi andai keputusan wang.

Kata Ilham, kerja kilang. Duduk rumah sewa ramai-ramai dengan teman.  Sambut raya di kota pun seronok. Semua baik-baik saja, Long – jawapan yang itu-itu jugalah diberi pada Napi saat Syawal bertandang.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

“Napi! Napi!” Jusoh tempik sambil gatih basikal laju-laju ke laman rumah Pak Su Him. Dia lompat turun. Basikal tercampak ke tepi, hampir tabrak telaga.

Jusoh kocoh-kocoh naik tangga, kawal cungap di pintu.

“Kenapa Jusoh?”

“Adik kamu, Ilham. Eksiden. Kena langgar kereta. Parah. Di hospital.”

“Ya Allah!” Pak Su Him bingkas bangun. Berdiri. Lututnya terketar-ketar. Selimut luruh ke kaki. Seisi rumah gamam.

“Apa yang kalian semua tengok? Kita…ke…hospi…hospital.” Pak Su Him rusuh ke pintu, tolak tangan Napi yang mahu menuntun.

“Tunggu dulu, ayah.”

Pak Su Him huyung-hayang. Dia rebah di depan pintu. Darah berbusa di bibir.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Advertisements

5 thoughts on “Kispen 20: Tunggu Ilham”

  1. memang lah rekaan semata mata namun ilham biasanya menghasilkan tulisan yang tidak mustahil menjadi benar. Utk yg ini, rasanya kalau ada produser filem baca mungkin jadi cereka raya tahun depan atau musim raya haji tak lama lagi. Hmm..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s