Kispen 28: Kalau Tiada

Menara Persatuan Negara-Negara Dunia, New York.

“Seperti mana yang dijanjikan, hari ini kita sambung lagi perbincangan tentang kepupusan haiwan. Ya, soalan yang sama. Apa akan jadi jika haiwan tiada?” Ujar Pengerusi Persatuan, Kabir al-Mahzoumi, sambil merenung Sidang Utama yang hampir penuh.

“Ini bala bencana. Bala bencana. Haiwan ini sumber makanan kita.” Mbetoltu Mbetolni memulakan sidang.

“Manusia mesti menangani kepupusan ini. Kitar ekologi akan terjejas. Yang akan mati, kitalah.” Jack Sawyer mencelah. Ramai mengangguk.

“Rancangan TV pun akan berkurang. Animal Planet gulung tikar.” Poloneiwcz Karsidzic bangkit dengan wajah serius. Terselit tawa kecil entah dari mana. 

“Bagaimana kita mahu carut dan maki? Sudah tiada lembu sebagai simbol dungu. Tiada lagi babi sebagai tanda keji.” Ebrahim Ahliyy menepuk-nepuk meja. Ahli Sidang Utama lain terlongo. Apa ini?

“Baiklah, sidang ditangguhkan satu jam untuk minum pagi.”

Ibu Pejabat Haiwan Seantero Alam, hutan hujan Amazon.

“Semua dah sampai, Iwelumo Gajah?” Adi Kancil tercegat di atas batang pokok tumbang.

“Sudah, Kancil. Yang tinggal hanyalah Walter Sloth. Khabarnya, esok bakal tiba.”

“Baik. Kita mulakan mesyuarat. Topiknya, sama. Apa akan jadi jika manusia tiada?”

“Ini rahmat terbesar. Kita tak perlu lagi berlari sambil mengelak peluru.” Edwin Impala terangguk-angguk. Sepasang tanduk sama panjang, sama bentuk, menambah segak.

“Bumi akan kembali nyaman. Ais tidak cair lagi.” Ujar Condy Penguin sambil tersandar selesa dalam kamar ais yang dibina khas.

“Selepas ini, lebih privasi. Nak main pun senang. Mereka ingat kita sama macam mereka. Asal celapak, ada kamera merakam. Asal henjut, ada lampu menghala.” Parjo Harimau menyeringai lantas mengaum.

Seisi mesyuarat riuh tawa.

Kokok, uak, kicau, ketak, dengus, embek, debur, ketur, salak, ciap, ngiau, ringkik, ketuk, siul, kuak, lenguh, deram, dengung, aum, cit, wak, tepuk, dengut – segalanya bersahutan.

Advertisements

3 thoughts on “Kispen 28: Kalau Tiada”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s