Kispen 35: Basah

“Akak dah tak larat, Maya. Tiap-tiap malam. Dah habis bomoh, habis klinik, akak pergi. Kadang-kadang kasihan pula tengok Amin makan ubat macam-macam.” Suhana menghela nafas panjang. Hujung cadar yang dijemur ditarik-tarik.

Maya pura-pura siram bunga. Dia cuma mahu teman bergebang. Asyik menghadap TV usai mengemas rumah, bosan juga.

“Saya pun tak tahulah, kak. Tak boleh nak cakap. Saya punya baru on the way.” Maya memegang perutnya. Makin hari, makin besar. Sudah enam bulan.

“Tak apalah, Maya. Kau jadi teman akak pagi-pagi ni pun dah bagus.”

“Amin tu, darjah empat ya kak?” 

“Lima.” Suhana mendekatkan hidung pada cadar. Harap-harap tidak hancinglah.

“Saya pernah dengar petua mak,” Maya mendekati jeriji pagar, “katanya rebus bulu jagung. Lepas tu bagi budak minum.”

“Menjadi?”

“Kata mak, anak dua pupunya kencing malam juga. Dah minum seminggu dua, terus elok, kak.”

“Nantilah aku cuba. Terima kasih, Maya.”

Malam itu, Suhana menghampiri anak tunggalnya yang sedang asyik berbalah dengan entah syaitan entah naga di kaca TV. Sekali-sekala kepala dan tubuhnya miring, sambil jari asyik menekan-nekan konsol.

“Amin, minum ni.”

Amin jeling malas. Dia tahu benar. Kalau bukan air jampi, air dicampur seribu satu herba. Dia capai gelas. Dua kali reguk.

Pagi menjelang. Suhana seolah-olah mendekam, mendekati bilik anaknya. Katil kosong. Cadar kering.

“Mak cari apa?” Amin tampil dari bilik air. Suhana beristighfar, terkejut besar.

“Tak ada apa-apalah.”

“Yalah. Ubat mak menjadi.”

Suhana tersenyum. Dia sempat mengerling tompok basah pada cadar Amin. Mujur tidak hancing.

Patutlah suara Amin lain sikit bunyinya.

Advertisements

One thought on “Kispen 35: Basah”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s