Kispen 36: Kaya

Tiga orang tokoh korporat di negara itu masing-masing bersandar selesa di kerusi masing-masing. Semuanya sudah mangli dengan lampu limpah dan panahan mata ribuan manusia.

Hari ini hanya satu lagi hari di pejabat.

Forum Rahsia Kaya Raya anjuran TV11 benar-benar mencuri perhatian negara itu. Ramai sekali pengunjung berjejal membanjiri Auditorium Utama.

Lebih ramai yang berteleku di hadapan kaca televisyen.

Moderator forum – Syella Qaseh, pelakon drama tersohor. Cuma kali ini, dia tidak bergaun singkat. Penerbit minta Syella pakai kebaya. Ketat sedikit, tak apa.

“Kita semua nak tahu apa rahsia tiga orang ikon korporat di hadapan kita ini,” Syella menyebak rambut perangnya yang jatuh ke dahi, “jadi kita mulakan dengan Tan Sri Jaafar Najdi.”

“Kalau boleh Tan Sri simpulkan kisah hidup Tan Sri dari kecil hinggalah tiba ke hari ini. Apa rahsia kejayaan Tan Sri?” 

Hard work. Hard work. Hard work. Saya bukan dari keluarga yang senang. Nak jadi kaya, tak ada jalan pintas. Mesti jatuh dulu, and get up even stronger. Saya dah jatuh banyak kali.”

Mata Syella Qaseh hampir tak berkejip merenung Tan Sri Jaafar segak berjaket Nehru. Misai putih, janggut putih ala Amitabh Bachchan. Orang besar teknologi maklumat negara itu.

“Itu dia. Hard work, kata Tan Sri. Macam mana dengan Datuk Richard?”

Well,” Datuk Richard Mohanandas menggosok-gosok kedua-dua telapak tangan, “you have to learn a lot. Jangan berhenti belajar. Itu pesan my late father. Knowledge itu lebih mahal daripada this business I inherited from him.”

“Apa pula kata Encik Hatta Senin?”

Jutawan hartanah itu tersenyum. Dia hanya berbaju batik rona merah garang, lengan pendek. Rasa janggal benar di pentas yang sama dengan Datuk dan Tan Sri.

“Saya pun ada rahsia. Ini betul-betul punya rahsia.” Hatta jeling pada Syella, yang membalas senyumnya. Lesung pipit Syella jelas disimbah lampu limpah.

“Anda semua betul-betul nak tahu macam mana saya jadi kaya?”

Hatta capai gelas kaca di depannya. Tiga kali reguk, gelas kosong.

“Anda semua kenal ayah saya, Senin Mat Juki. Anda semua tahu dia mati sebab sakit jantung. Itu semua bohong.”

Syella angkat kening pada penerbit. Dia memusingkan jari telunjuk. Teruskan.

“Sayalah yang bunuh dia. Racun. Sebab dia tulis dalam wasiat, the business is not for me. But now you know it is.”

Air tersembur keluar dari mulut Tan Sri Jaafar yang asyik menghirup. Hatta Senin ketawa terbahak-bahak sambil bertepuk tangan. Seisi Auditorium Utama terkesima.

Advertisements

2 thoughts on “Kispen 36: Kaya”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s