Kispen 42: Hari Lahir

Salmi membetulkan kolar baju anak tunggalnya yang terlipat. Dahinya dikucup.

“Come, sayang. Semua dah tunggu.”

Zafran mengangguk.

Sambil menuruni tangga, mata Zafran menyeluruhi ruang tamu. Rakan-rakannya semua ada, semua tersenyum. Masing-masing tercegat mengerumuni meja makan yang sudah dialih ke situ.

Alice, Zakwan, Jiji, Batrisya, Bala, Bob, Muzaffar, Hana, Julia, Lee. Semua ada.

“Come here, my birthday boy!” Iskandar mendepangkan tangan. Zafran berlari kecil. Papa dipeluk erat.

Zafran gembira. Tiap-tiap tahun dia menghembus lilin. Tiap-tiap tahun dia makan banyak-banyak dengan kawan-kawan.

Terutamanya dengan Hana. Hana baik. Hana cantik.

Salmi muncul dari dapur sambil menatang kek coklat. Terpacak sepuluh batang lilin pada muka kek.

Look what I have here!” Salmi senyum sambil menghampiri tetamu kecilnya. Kek diletakkan di tengah-tengah meja. Zafran hampir melompat. 

“Jom kita nyanyi ramai-ramai.” Iskandar merapati Zafran dari belakang dan memegang bahunya.

Happy birthday to you.
Happy birthday to you.
Happy birthday to Zafran.
Happy birthday to you.

Now, make a wish.” Salmi berbisik di telinga Zafran.

“Ma, tahun ni Zaf nak cakap wish tu, boleh tak?”

You know the rule, kan? Wish dalam hati.”

“Ala, sebelum ni wish dalam hati bukannya dapat pun. Pa, Zaf nak Nintendo Wii.”

Api lilin menari-nari. Zafran menjeling Hana yang sedang tersengih. Hana menjelir, hujung lidah terkeluar sedikit sambil mata dipejam rapat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s