Kispen 44: Kawan

“Mana mi goreng basah kau tak sampai-sampai lagi ni, Man?” Azhar mengangkat kening.

“Entah. Dia lupa tulis order aku agaknya.”

“Kat rumah aku pun ada kedai lambat macam ni,” sambut Junaidi, “tu pun nak buka kedai juga.”

“Tak apa. Makanlah dulu.” Rahman capai kotak Dunhill di hujung meja. Sambil membakar hujung rokok, Junaidi sudah entah berapa suap merakusi nasi goreng belacan di hadapannya.

“Semalam pakcik aku call, anaknya masuk wad. Denggi. Kau nak ikut aku melawat petang ni?” Usul Azhar. 

“Denggi?” Akhirnya Junaidi membengah. “Tu lah, jiran aku pun kena denggi semalam. Dua orang.”

“Sepupu kau yang mana ni, Azhar?” Rahman hirup tom yam udang perlahan-lahan.

“Syakir.”

“Oh, yang study kat Mesir tu? Dia baru balik, kan?”

“Baru dua hari.”

“Kawan sekolah rendah aku pun ada belajar kat Mesir. Eh, bukan Mesir. Madinah.” Junaidi mengesat mulut dengan tisu. Nasi goreng belacannya hampir selesai dikerjakan.

“Ya?” Tiba-tiba suara Azhar bertambah lantang, “Aku pun ada kawan di Madinah, Edi. Tapi kawan aku ni pelik sikit. Dia, pantang orang ada cerita, dia pun ada. Orang ke pasar, dia ke pasar. Orang ke bulan, kawan sepupu nenek dia ke bulan. Kau ada kawan macam tu, Edi?”

Mi goreng basah Rahman akhirnya tiba.

Advertisements

One thought on “Kispen 44: Kawan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s