Kispen 54: Lamar

Jani kerling arloji. Sudah jam 9:37. Aku sudah lewat lebih sejam. Perlu mohon maaf. Ini janji temu, bukan jadi terumbu.

Untuk makan malam di restoran mewah hotel lima bintang, enteng buat Jani. Ini malam istimewa. Bilik pun sudah ditempah. Cincin sudah di dalam kocek. Cuma aku lewat.

Jani tiba di meja. Kosong. Tanpa hidangan, tanpa Zainah. Jani duduk, buang cungap. Gelas berisi air kosong direguk rakus.

“Encik Jani Roslan, kan?” pelayan lelaki berkumis nipis cuit bahu Jani. Di tangannya dulang kecil berisi sampul surat putih. 

“Ya.”

“Ini ada surat untuk encik.” Sampul surat bertukar tangan.

“Terima kasih.” Jani sayat hujung sampul surat.

Jani, saya dah balik. Maaf tak telefon awak dulu. Saya minta maaf. Kita tak boleh teruskan semua ni. Saya dah jumpa orang yang lebih sesuai. Awak baru jumpa dia tadi.

Surat gugur dari tangan Jani. Dadanya semerta sesak, seolah dihempap bata. Tekaknya diserang ngilu, pandangan kelam.

Binatang, pasti air yang aku minum tadi.

Saat kepala Jani menghempas meja, darah mula jujuh dari rongga hidung dan mulut. Sebelum mata tertutup, dia sempat melihat pelayan tadi singgah di meja, tersenyum dan ambil semula surat kiriman Zainah.

Jani mencarut dalam nazak. Salinan kunci rumah agamnya masih ada pada Zainah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s