Kispen 70: Kerenah

“Akak, boleh tolong tengokkan borang saya ni?” Zarul hulur sampul surat coklat saiz A4 ke kaunter.

“Kejap ya, dik.” Wanita di kaunter langsung tak memandang. Matanya ditambat di skrin komputer. Bunyi klik tetikus selang-seli dengan lagu Siti Nurhaliza di pembesar suara komputer.

Zarul cuba intai. Skrin komputer wanita di kaunter kelihatan hijau, dengan deret daun terup di atas.

Bangsat. 

Penjaga kaunter di sebelahnya asyik dengan telefon, berbual dengan entah siapa tentang resipi rempah perapan ayam golek sempena Ramadan.

Kaunter ketiga kosong. Kaunter keempat, dua lelaki sedang berbual sambil membelek-belek katalog sarat dengan gambar jam tangan mewah tiruan.

TAM! TAM!

Cermin penghadang kaunter berderai. Monitor padam, berasap.

Tangan Zarul menggeletar. Pistol di tangannya cuba digenggam kemas.

“Sekarang ada siapa yang nak tengok borang aku? Ada?”

Seisi pejabat kaku. Wanita yang berbual tentang resipi letak gagang telefon, dan angkat semula sambil dail 999.

Advertisements

2 thoughts on “Kispen 70: Kerenah”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s