Kispen 77: Motivasi

Wajdi betulkan kotnya. Dewan Merdeka ditenung yakin. Segenap kerusi terisi.
Dia semakin masyhur, kini sesi motivasinya perlu dibikin di pusat-pusat konvensyen utama, termasuklah Pusat Dagangan Dunia Putra.
“Assalamualaikum dan selamat malam semua.” Wajdi buka gelanggang bicara.
Ucap balas salam bergema. Seribu doa, sejuta wang.
“Malam ini kita semua akan mengembara, kita semua akan mengenal?” Wajdi dekatkan telapak tangan ke telinga, isyarat pinta jawapan paling gempita.
“Kuasa minda!” Dewan Merdeka bergegar. Sekalian pengunjung jawab dalam sorak.

“Kita mahu hidup bahagia dengan keluarga, kita mahu senang dalam kerjaya, kita mahu segalanya.” Wajdi turun semula ke pentas utama sesudah berlegar dalam kalangan pengunjung.
“Sebelum saya mula, ada sesiapa yang nak tanya soalan?” Wajdi senyum lebar. Para pembantunya mula berlegar dalam dewan, bawa mikrofon.
Seorang wanita berdiri di barisan paling belakang, paling atas. Wajdi kerut dahi, cuba melihat wajahnya dari pentas.
“Boleh perkenalkan diri?”
“Abang tak kenal saya? Tak nampak ya dari bawah tu? Kenapa abang tinggalkan saya? Tinggalkan anak-anak? Lepas tu nak mengajar orang lain sekarang.”
Seisi dewan sunyi.
Advertisements

3 thoughts on “Kispen 77: Motivasi”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s