Kispen 79: Akhir

“Dah?” Reza angkat kening. Ini bukan kali pertama. Rutinnya sebagai pengawal penjara, sama.

Serah borang pada banduan untuk diisi. Biar mereka berfikir dalam tenang.

Memilih hidangan terakhir bukan mudah. Seolah menghimpun segala mimpi ke alam nyata.

“Dah.” Zali hulur borang. Dia pasti yang dicoretnya tepat. Reza baca semula setiap ruang yang terisi.

Keesokan harinya, Reza tiba di bilik menunggu.

Zali berdiri kaku menghadap dinding. Saat-saat hujung sebelum ke tali gantung.

“Makan cepat.” Dulang dari tangan Reza mendarat ke meja di tengah-tengah bilik. Dua lagi pengawal bersenjata di pintu memerhati tanpa kerdip.

Sekeping roti bakar sendirian di tengah-tengah dulang dengan wajah diselaputi mentega kacang.

Zali dekati meja. Roti dicapai, dilipat. Semerta hidangan terakhir lenyap.

Tiba-tiba wajah Zali merah padam. Nafasnya tersekat-sekat. Tangannya menggenggam leher. Zali rebah dan menggelupur.

“Panggil doktor cepat!” Reza mengarah. Salah seorang pengawal bersenjata berlari keluar. “Kau allergic ya? Kenapa kau minta makan benda ni?”

Zali cuba bersuara, namun hanya bibir menutur makna.

Kalau aku kena mati, biar aku sendiri yang ambil nyawa. Bukan kau. Bukan siapa-siapa.

Advertisements

3 thoughts on “Kispen 79: Akhir”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s