Kispen 82: Sorok

Kasyful perlahan-lahan mendekati kabinet dapur. Pintu kabinet di bawah sinki dibuka.

“Ha!” Kasyful melompat-lompat tanpa henti. Dia tahu adik bongsunya, Anas, mesti sembunyi di situ.

“Tak aci. Along tengok masa Adik datang sini kan?” Anas cebik bibir sambil mengekori Kasyful.

“Mana ada. Along tutup mata tadi.”

Dua beradik tiba di kamar Kasyful.

“Angah mana?” Anas melompat ke atas katil, berguling-guling. Dia tahu abangnya, Mursyid, pandai bersembunyi. Jarang benar tewas.

Kasyful tarik lengan Anas. Pantas dia berbisik, “Along dah nampak dia. Ada bawah katil. Biar dia kat situ lama-lama.”

Tubuh Kasyful tegak di pinggir katil. Dia berdehem dua kali, tanda lakonan bermula. “Entah. Dah puas Along cari dia satu rumah. Jom kita masuk bilik Papa.”

“Jom.” Anas tersengih-sengih tahan tawa.

Belum sempat mereka melangkah, pintu kamar terbuka.

“Angah kat belakang langsir kat ruang tamu la. Lama dah tunggu. Along tak jumpa pun.” Mursyid tercegat di depan pintu dengan senyum melebar.

Along dan Adik kejur, kaku.

Advertisements

One thought on “Kispen 82: Sorok”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s