Apa pramugari (dan pramugara) fikir ketika menyambut anda di pintu pesawat?

Gaea Peregrinor, seorang atendan penerbangan, berkongsi pengalaman tentang motif sebenar tindakan itu.

Advertisements

[Sumber: Quora]

Setiap kali berkelana dengan jalan udara, pasti anda semua disambut mesra oleh atendan penerbangan di pintu pesawat.

Kadangkala mereka akan minta pas penerbangan untuk membantu anda mendapatkan tempat duduk.

Tetapi jika difikirkan semula, apakah sebenarnya fungsi mereka menyambut setiap penumpang? Bukankah nombor tempat duduk sudah terpapar pada pas masuk?

Gaea Peregrinor, seorang atendan penerbangan, berkongsi pengalaman di laman soal jawab Quora tentang motif sebenar tindakan itu.

Ada sembilan perkara tentang anda yang dinilai atendan penerbangan sebaik sahaja anda melangkah masuk ke pesawat:

1 Sikap

Ketika anda kalut mencari pas penerbangan, mereka menilai karakter anda melalui bahasa badan dan lisan.

“Saya sedang kaji apakah sikap penumpang ini? Suka membantu? Agresif? Pasif? Kalau ada penumpang yang masuk ke pesawat dengan sikap buruk terhadap para petugas, itu satu perkara yang perlu diselesaikan,” ulas Peregrinor.

2 Kecergasan

“Kalau saya nampak penumpang yang gagah dan cergas, saya akan ingat mukanya dan kenal pasti tempat duduknya,” katanya.

Ini bukanlah bermakna atendan penerbangan nak menggatal.

Menurut Peregrinor, penumpang sasa amat berguna untuk membantu sekiranya wujud situasi seperti penumpang lain tiba-tiba bertindak di luar kawal atau mengangkat bagasi yang terlampau berat.

3 Mabuk

Penumpang mabuk sentiasa berisiko. Atendan penerbangan akan menilai tahap kemabukan berdasarkan penampilan anda. Mereka akan mempertimbangkan sama ada untuk melarang anda memesan minuman keras atau tidak membenarkan anda masuk ke pesawat sama sekali.

4 Kurang upaya

Ciri ini penting untuk mengelakkan golongan kurang upaya duduk di bahagian pintu kecemasan pesawat yang menuntut tenaga sepenuhnya untuk dibuka.

5 Bahasa

Kadangkala kita terlepas pandang bahawa bahasa merupakan faktor keselamatan dalam penerbangan. Andai penumpang tidak faham bahasa yang digunakan dalam pesawat, dia akan berhadapan bahaya apabila arahan dikeluarkan dalam situasi kecemasan.

6 Staf penerbangan

Pramugari dan pramugara juga akan mengenal pasti jika ada staf penerbangan yang menjadi penumpang. Jika ada, ini bermakna ada penumpang yang sudah terlatih dengan prosedur keselamatan yang bakal membezakan antara hidup dan mati apabila berlakunya kecemasan.

7 Kesihatan

Jika anda kelihatan tidak sihat, atendan penerbangan akan ambil perhatian untuk kemungkinan bertindak sekiranya anda semakin sakit. Ada juga penumpang yang tidak dibenarkan masuk ke pesawat kerana tampak membawa virus seperti selesema teruk.

8 Gementar

Atendan penerbangan akan membantu sekiranya anda tampak pucat dan gemuruh. Hal ini biasanya berlaku kepada mereka yang takut ketinggian dan pertama kali naik pesawat. Mereka biasanya akan menenangkan anda.

9 Seludup

Ya, jangan fikir anda terlalu bijak setelah berjaya melepasi daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan dengan bagasi melebihi muatan. Atendan penerbangan akan peka dengan penumpang yang membawa beg besar untuk kemungkinan penyeludupan atau objek berbahaya.

Jadi, hargailah mereka dan jangan lokek senyuman ketika anda masuk ke pesawat.

Atendan penerbangan bukan pelayan anda semata-mata. Mereka petugas yang bertanggungjawab ke atas semua aspek perjalanan udara anda.

Dalam kecemasan, merekalah yang akan membantu anda dalam situasi hidup dan mati.

Terima kasih para atendan penerbangan!

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s