Memboikot Dilwale: Mengapa saya enggan tunduk kepada sampah komersil Bollywood

Pembikin filem Los Angeles kelahiran Malaysia, Thiyagaraja berkongsi pandangan tentang kegilaan terhadap Bollywood dan filem terbaharu arahan Rohit Shetty.

Advertisements

[Sumber: Daily Seni]

Kamu tahu kenapa saya tidak akan menonton filem terbaru Shah Rukh Khan dan Kajol, Dilwale?

Kerana Rohit Shetty seorang pengarah yang dungu, angkuh, dan mengarut.

Dia berasal dari kumpulan pembikin filem yang menyusup masuk ke dalam industri melalui pengaruh dan penglibatan keluarga terdahulu: nepotisme.

Dan kumpulan inilah yang membentuk majoriti puak berpengaruh di Bollywood.

Shetty sentiasa membikin filem yang menekankan faktor ‘kerinangan’ seperti yang sentiasa dilebih-lebihkan dalam setiap filem masala: plot yang diulang dan membosankan; peluang untuk menonton pelakon A-list merayau tanpa segan silu dengan skrip yang kabur; campuran semua genre walau tidak masuk akal; komedi slapstik yang wajib; babak aksi yang berlebihan; dan tarian menggiurkan dari pelakon wanita jelita yang sudah bersedia memberi perkhidmatan itu. 

Kebanyakan filemnya berskala besar, terlebih muatan, dan khayal dengan diri sendiri. Jaga-jaga, kerana Shetty tahu jenis filem yang dia perjuangkan. Dia bahkan membuat parodi ke atas diri sendiri sebagai pembikin dalam segmen di sebalik tabir Chennai Express – satu lagi hiburan dungu yang disuap buat pengguna dibintangi SRK.

Itulah yang paling menjengkelkan saya: dia penuh gembira mengisytiharkan diri sebagai penghibur tulen tanpa perlu menanggung tanggungjawab sebagai pembikin filem atau berhadapan dengan kesan produknya terhadap masyarakat.

Kesilapan ini tidak ditanggung olehnya seorang, kerana dia sendiri merupakan produk industri yang sudah puluhan tahun memuja format sama.

Bollywood, sebagai satu industri, mempunyai kesan meluas terhadap kanak-kanak yang sedang membesar di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Pemujaan berlebihan dan gambaran naif tentang cinta telah melahirkan generasi remaja yang telah diprogram untuk mengharap hasil yang tidak realistik dalam kehidupan seharian dan menjalankan hubungan cinta seperti kanak-kanak yang tidak mengerti tentang tamparan realiti yang dingin dan menyakitkan.

Kita sering kecewa kerana kita telah terbiasa melihat hidup dari jendela berwarna mawar yang membias pandangan Bollywood yang kabur tentang kehidupan.

Kemajuan kita sebagai masyarakat digambarkan melalui filem yang mempengaruhi kita sejak kecil, dan usaha tanpa henti Bollywood menyebarkan kegemilangan kosong dan pemahaman hidup yang tohor merupakan satu ancaman. Seperti makanan rapu untuk minda – boleh dimakan tapi bukan selalu.

Sudah tentu anda boleh membidas ini dengan berkata “filem ini buat saya gembira” atau “ini cuma sebuah filem”; tetapi jujurlah, tidakkah anda muak dengan pembikin filem seperti Shetty yang merendah-rendahkan kebijaksanaan anda pada setiap sudut?

Dia tidak berusaha untuk membina lakon layar dan semata-mata ingin mengaut keuntungan pecah panggung dan ini materialistik dalam aspek ciptaan dan dipopularkan secara berlebihan dalam pemasaran.

Ada beberapa filem Bollywood yang baik di luar sana dan anda perlu berusaha untuk mencari filem-filem tersebut. Ada sebab mengapa harta karun disertakan dengan peta.

Lebih ramai penonton menyokong filem India yang baik, lebih banyak yang mampu dihasilkan. Tanpa pendedahan bahkan pembelajaran asas tentang filem yang kini boleh dilakukan melalui Google, filem-filem India yang baik seperti Court, Masaan, dan Kaaka Muttai akan lenyap tanpa diketahui.

Court, arahan Chaitanya Tamhane, merupakan filem yang bijak dan sensifit dalam satu adegan berbanding keseluruhan filem Shetty. Namun filem ini gagal mendapat tempat di pawagam sepertu Dilwale.

Ini semua berbalik kepada citarasa penonton; apa yang mereka benar-benar inginkan ialah lebih banyak sampah komersil untuk dihadam, kerana itu mudah. Orang biasa yang bekerja dari sembilan pagi hingga enam petang tidak mahu pulang ke rumah dan menonton sesuatu yang rumit.

Itulah masalahnya. Filem yang baik tidak pernah mudah. Filem-filem itu pahit seperti ubat namun hasil selepas itu mengagumkan.

Saya kekal menjadi mangsa filem-filem pecah panggung Bollywood yang telah menghantui zaman kanak-kanak saya; yang telah menanamkan rasa tidak yakin dan membantuk pandangan palsu terhadap dunia di sekeliling kita.

Rasa yakin diri amat penting untuk menonton filem-filem sebegini; alasan yang sering diberikan oleh semua apabila filem Bollywood muncul ialah mereka boleh “mematikan diri” ketika menonton.

Hanya dengan menonton filem bijak dan menyentuh seperi Court kita akan “menghidupkan diri” dan menyedari pulangan yang kita peroleh dari segi psikologi, minda bawah sedar, dan intelek.

6 thoughts on “Memboikot Dilwale: Mengapa saya enggan tunduk kepada sampah komersil Bollywood”

  1. assalamu’alaikum. first time singgah sini.

    bagaikan kebetulan. hari ini baru berpeluang menonton dilwale yang terlebih tsunami dihebohkan betapa bestnya filem ni. ditambah dengan diri sendiri yang membesar dengan filem hindustan dari kecil lagi. dan dengan excited-nya nak tengok. tapi entah kenapa rasa macam “your performance is not up to my expectation”. jalan ceritanya tidaklah sehebat yang difikirkan – seperti yang mereka bilang. rasa macam biasa sajalah. feeling pun tak berapa deep nak sampai tahap mata berair. mostly hindi movie boleh bawa rasa nak menangis tapi tidak bagi dilwale. rasanya yang best cuma sebab ada kajol dan shah rukh khan. rasanyalah.

    Like

  2. yes saya pun dah tengok dilwale tapi mampu tengok separuh je sehari. separuh lagi habiskan hari berikutnya. tak best mcm yg digembar gemburkan kan pun. tak faham mcm mana ada org sanggup beli tiket wayang kali kedua. jalan cerita yg biasa dan ending yg kita sendiri boleh agak mcm mana. *sigh*

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s