Kispen 145: Balas

Entah apa yang dihambur oleh Ibu. Alya cuma tinjau dari jauh, kemudian kembali tunduk merenung tangan yang dikepal.

Advertisements

Ibu memang begitu, bisik Alya dalam hati. Kalau dia bertelagah dengan sesiapa, pasti urat lehernya timbul. Tangannya dihayun seribu gaya, seribu hala.

Ibu tidak akan mengalah.

Kali ini Ibu marah-marah pada guru besar yang cuma diam dan berpeluk tubuh menanti hujah Ibu berakhir.

Entah apa yang dihambur oleh Ibu. Alya cuma tinjau dari jauh, kemudian kembali tunduk merenung tangan yang dikepal.

Ada comot darah yang sudah kering pada buku jari Alya. Rona merah serupa turut melekat pada seragam sekolah yang sudah tidak lagi putih.

Darah, barangkali. Alya tidak ingat. 

Yang dia tahu, dia sedang menunggu ibu di kantin sekolah selepas aktiviti persatuan selesai.

Oh ya. Budak itu. Alya lupa namanya. Afizal atau Rizal. Rizal. Rasanya Rizal.

Yang dia tahu, Rizal kerap benar mengejeknya. Hampir saban hari.

Alya nak jadi jantan. Muka macam jantan. Badan macam jantan.

Dia sudah bosan dengar ejekan. Mungkin sebab itu budak syaitan itu dijatuhkan di kantin petang tadi.

Alya menarik tali leher Rizal sekuat hati ketika dia berdiri di sisi meja dan meratib ejek.

Wajah Rizal serta-merta tersembam ke mangkuk mi sup yang masih panas. Dia terlolong. Alya ketawa.

Kaki Rizal dikuis dan dia terlentang. Pengunjung kantin mula berkerumun membentuk bulatan.

Mereka tidak bersorak. Semuanya terdiam melihat Alya menghunjam penumbuk demi penumbuk ke wajah Rizal. Tanpa henti, tiada simpati.

“Kenapa adik buat macam ni? Tak kesian mak?” akhirnya anggota polis yang sejak tadi bungkam di kerusi pemandu, bersuara.

Alya enggan balas. Dia masih menggali memori.

Dia cuma ingat dipaut seorang guru dari belakang. Ketika itu Rizal sudah kaku di lantai. Wajahnya sudah tidak berupa, terlalu merah dipalut darah.

Alya tunduk. Menangis. Dan tersenyum.

Walau tidak terlihat, dia tahu Ibu masih berbalah dengan Guru Besar.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s