Debat ala parlimen British atau British Parliamentary (BP) dalam bahasa Inggeris di peringkat varsiti sudah berpuluh tahun diperkenalkan di peringkat antarabangsa.
Namun dalam bahasa Melayu, usia format ini masih muda. Kalau tidak silap saya, format ini kali pertama diperkenalkan sekitar tahun 2011 ketika World Universities Peace Invitational Debate (WUPID) edisi bahasa Melayu dianjurkan oleh Yayasan Orator bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Baru lima tahun.
Jadi, para penggiat debat bahasa Melayu masih lagi bertungkus-lumus menyiapkan bahan rujukan untuk BP.
Mujurlah Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) awal-awal lagi telah menyiapkan peraturan BP bahasa Melayu untuk rujukan para pendebat.
Apa yang saya kongsikan dalam entri ini ialah format asas BP yang mungkin masih janggal dalam kalangan pendebat bahasa Melayu yang sudah terbiasa dengan format debat tiga lawan tiga.
Saya merujuk beberapa teks yang disediakan oleh penggiat BP di peringkat antarabangsa seperti D’Cruz dan Flynn. Pautan ke artikel asal saya sertakan di hujung entri.
Nota ringkas ini hanya sekadar panduan. Gunakan mengikut kebijaksanaan sendiri. Saya juga tidak bebas dari kesilapan.
Rujukan
World Universities Debating Championship (WUDC) Rules, Ray D’Cruz
Debating Tutorial Handouts, Colm Flynn (World Debating Website)
British Parliamentary Debating, Rhydian Morgan (Stylus Communications)
The Debating Handbook, Alexander Deane
Muat turun entri: Pengenalan Debat Ala Parlimen British (BP)