Surat-surat terakhir sebelum dihukum mati

Surat-surat ini merupakan sebahagian daripada 177 kiriman yang dikarang oleh tahanan politik Taiwan yang menjadi mangsa kekejaman pentadbiran yang dikenali sebagai White Terror.

Advertisements

[Sumber: New York Times]

Bukan, ini bukan surat saya.

Surat-surat ini merupakan sebahagian daripada 177 kiriman yang dikarang oleh tahanan politik Taiwan yang menjadi mangsa kekejaman pentadbiran yang dikenali sebagai White Terror.

Dari 1947 hingga 1987, puluhan ribu rakyat Taiwan dipenjara dan sekurang-kurangnya seribu orang dihukum bunuh selepas dituduh menjadi pengintip komunis China.

Entah mengapa, setiap patah kata dalam beberapa warkah terakhir ini begitu meruntun perasaan saya. Seolah satu pesan, betapa ajal kembali mengingatkan kita tentang hidup yang tidak tertandakan harganya.

Guo Ching

Surat untuk isteri | Dihukum mati pada tahun 1952

“Setiap insan suatu hari pasti mati, jadi usah terlalu bersedih hati!”

Chiu Hsing-sheng

Surat untuk nenek | Dihukum mati pada tahun 1952

“Ini malam terakhir dan aku masih rasa kegembiraan yang sama ketika kecil. Mengapa aku rasa begitu, kegembiraan itu, di ambang mati, aku tidak tahu. Aku selalu berkata, aku tidak gentar menjelang kematian, bahkan rasanya seperti beban hidup sudah berakhir dan aku mampu tenang. Aku rasa yakin! Aku tidak putus harapan. Aku tenang dengan alam, maka gembiralah dengan kematian ini. Aduhai nenek, kuharap bagi pihakku usahlah kau merasai kesakitan.”

Huang Wen-gong

Surat untuk anak perempuan yang belum lahir | Dihukum mati pada tahun 1953

“Tidak lama lagi aku bakal meninggalkan dunia ini. Aku cuba untuk tenang, untuk berbicara denganmu buat kali pertama dan terakhir pada kertas ini. Aku bimbang kau tidak mampu membayangkan saat ini, malangnya. Untuk menghadapi detik ini dan tidak mampu walau sekali untuk bertemu denganmu, memelukmu, dan mengucupmu. Sungguh hatiku musnah. Penyesalanku tiada noktah.”

Uongu Yatauyongana

Surat untuk isteri | Dihukum mati pada tahun 1954

“Chun-fang yang dirindui. Betapa aku gembira mengetahui kau sihat sejahtera. Tiada emas, perak atau permata yang lebih berharga dari cahaya mata kita – masihkah kau ingat lagu itu? Selagi rumah dan tanah kita ada, semuanya baik-baik saja, kerana mereka semua anak-anak yang baik. Biar harta benda kita dirampas, aku akan dibuktikan tidak bersalah.

Pada padang dan gunung, semangatku pasti ada.

Jangan pernah diserah tanah kita!”

Liu Yao-ting

Surat untuk isteri | Dihukum mati pada tahun 1954

“Duhai Yueh-hsia, dengarkanlah apa yang kukata. Walau kita berjauhan, hati kita bersatu. Sungguh aku berharap dapat kautempuh segala sukar, beranikan diri, usah kecewa dan jatuh uzur keranaku.

Yueh-hsia, maafkan aku. Seharunya aku yang menjagamu dan anak-anak. Inilah harapanku pada masa mendatang. Namun kini aku tidak mampu. Yueh-hsia, kuharap sungguh-sungguh agar kau mengampunkanku.”

Cheng Jin-he

Surat buat anak | Dihukum mati pada tahun 1970

“Di dunia ini kau tidak akan bertemu lagi dengan ayahmu. Inilah kedukaan. Tidak ada sesiapa yang mampu menafi sakitnya perpisahan abadi, namun dalam hiba ini harus kita mengawal air mata, telan segala pahit dan ludahkan semula dengan ketawa.

Dalam suka dan duka, jangan sekali-kali kau lupakan ibu dan bapamu. Sekarang tanggungjawab yang lebih berat terpikul di bahumu. Mencintai ayahmu bermakna memperbaiki dirimu, hanya dengan itu kau mampu mententeramku rohku. Apa saja yang kau lakukan, sentiasa renungi diri. Ini yang dimahukan ayahmu.”

Chan Tien-tseng

Surat untuk ibu | Dihukum mati pada tahun 1970

“Anakmu percaya bahawa setiap yang mati masih punya roh. Anakmu ini pasti akan berdamping denganmu saban hari untuk bertanya khabar. Untuk melihat matamu nan damai, agar kupasti perutmu terisi tiga kali sehari. Untuk menenangkanmu saat gering dan duka. Untuk berdoa agar setiap hari kau bahagia.”

Nota: Surat-surat ini sebenarnya disembunyikan oleh kerajaan Taiwan sehinggalah terbongkar secara kebetulan pada tahun 2008 apabila seorang wanita meminta informasi mengenai datuknya dari arkib negara Taiwan.

Dua minggu selepas memohon rekod, wanita itu, Chang Yi-lung, diberikan lebih 300 halaman salinan dokumen. Di celah-celah halaman itu ditemukan surat datuknya. Selepas itu lebih ramai ahli keluarga tawanan yang berunding dengan kerajaan Taiwan untuk mendapatkan surat-surat mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s