Terima kasih Zaleha

Nota terima kasih peribadi buat seorang jururawat Hospital Sungai Buloh yang membantu isteri saya.

Advertisements

Dua hari lalu, isteri saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas mengalami komplikasi kecil berkaitan kandungan.

Dia mendaftar masuk di wad sementara berhampiran dewan bersalin lewat malam Isnin. Doktor pakar mengarahkannya berpuasa untuk bersedia menjalani pemeriksaan keesokan harinya.

Selasa menjelma, dan isteri saya masih diarahkan berpuasa walau sudah menjelang tengah hari. Kali terakhir dia menjamah makanan, jam tujuh malam sebelumnya.

Bukan dibimbangkan sangat perut yang berkeroncong, namun kandungan yang lebih dirisaukan.

Tapi arahan doktor perlu dipatuhi.

Hampir petang, akhirnya isteri saya dibenarkan makan. Ketika itu dia di tandas. Sebaik keluar, dia terdengar suara jururawat yang memanggilnya berkali-kali. 

“Puan Asma’, Puan Asma’. Puan dah boleh makan.”

Wajah jururawat itu girang sekali. Bahkan dialah yang seharian berulang-alik ke katil isteri saya dan memintanya bersabar sehingga tiba arahan doktor untuk makan.

Ketika itu, waktu makan belum tiba. Isteri saya bertanya jururawat saya andai ada kedai terdekat untuk membeli makanan berat. Sekadar roti dan biskut yang saya bekalkan, manakan cukup.

“Puan tunggu sebentar ya.”

Isteri saya mengambil keputusan untuk solat terlebih dahulu. Selesai solat, dia dipanggil ke pantri.

Saat itulah, ada seorang jururawat lain yang memberitahu hidangannya sudah tersedia. Isteri saya mula keliru. Hidangan apa pula?

IMG-20160217-WA0001-01

Sebungkus nasi lemak tersedia di meja pantri dengan nota kecil yang diconteng pada tisu:

Untuk Puan Asma’

Saya bagi

Makan k

JM Zaleha

Jururawat Zaleha entah di mana. Barangkali terkocoh-kocoh membantu ibu lain yang bertempik kesakitan mahu bersalin atau memapah ibu yang masih sarat untuk ke tandas.

Kisah ini menyentuh jiwa saya serta-merta sebaik sahaja isteri mula bercerita. Tentang penat jerih para jururawat yang membantu pesakit tanpa memikirkan diri sendiri. Tentang khidmat hospital kerajaan yang cemerlang walau sering dimomok sebagai lemah dan tidak efektif.

Terima kasih, Jururawat Zaleha.

Terima kasih, Hospital Sungai Buloh.

Dalam zaman dibadai payah begini, budi yang tampak kecil, besar sekali ertinya menyentuh nurani.

Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s