Jurnal, Redah Eropah

Cinta di Howth

Thank you young man.”

Ucapan itu disusuli dengan senyum miring. Saya angguk dan balas senyum.

Teropong lelaki lebih separuh abad yang kelihatan di tangannya dalam gambar itu jatuh. Saya tolong ambilkan. Mujur lensa teropong tak mengena batu-batu kecil yang menguasai kebanyakan denai di Howth.

Howth, bandar nelayan di utara Teluk Dublin. Tidak jauh dari kediaman saya. Kalau naik tren DART, dalam 45 minit sudah sampai. Andai mahu tahu lebih lanjut, sila tanya Pakcik Google.

Saya cuma boleh kongsi tentang Bangunan Olimpik yang pernah disinggahi rombongan obor London 2012 dahulu dan kedai aiskrim Mauds yang menakjubkan.

Aiskrim forest fruits yang sukar dilupakan dan gadis aiskrim nan manis yang membantu saya mencari kedai menjual kad memori untuk kamera. Katanya ada di farmasi.

Kad memori kamera dijual di farmasi? Teruskan membaca

Standard
Jurnal, Redah Eropah

Connolly

Pagi itu kawasan luar Penjara Kilmainham sekali lagi sesak dengan manusia, malah lebih padat berbanding hari biasa. Kebanyakannya berkunjung atas sebab yang sama.

Mereka sudah jelak mendengar dentum senapang bertubi-tubi di sebalik tembok penjara, yang diikuti dengan kibaran bendera hitam yang dinaikkan perlahan-lahan.

Tiap dentum mewakili satu nyawa melayang, seorang manusia yang dianggap oleh empayar British sebagai penderhaka. Kebanyakan yang dihukum merupakan pejuang nasionalis dan sosialis yang mahu Ireland bebas dari belenggu empayar.

Penduduk sekitar Kilmainham mahu empayar British nun di seberang laut dan para juaknya di Ireland tahu bahawa mereka benci kerajaan ini.

Mereka mahu bebas.

Republik ini milik orang Ireland, dan hanyasanya layak diperintah oleh bangsa mereka sendiri.

Pagi itu jua sebuah ambulans sudah bersedia untuk bertolak di Hospital Istana Dublin. Pemandu cuma menunggu isyarat dari pihak tentera yang akhirnya tiba. Teruskan membaca

Standard
Jurnal, Redah Eropah

Redah Eropah: Episod 4

Kami singgah di toko buku dan alat tulis Paperchase sebelum bergerak ke Trafalgar Square. Saya mahu membeli buku catatan baru untuk kelana ini. Itu juga, bagi saya, salah satu cara untuk mengekalkan kewarasan andai berkelana secara solo.

Catat apa saja yang diingini dalam sebuah buku yang boleh disimpan dan dibelek semula kelak usia memamah diri. Saya simpan dan tampal semua resit, tiket, pamplet, apa saja. Setiap keping pasti punya cerita sendiri. Malah ini lebih berharga berbanding apa-apa cenderamata sekalipun.

Kembali ke Trafalgar Square. Teruskan membaca

Standard
Jurnal, Redah Eropah

Redah Eropah: Episod 3

Sesudah mendarat di Lapangan Terbang Stansted, kami segera menuju ke terminal bas.

Tangan saya mula menggigil.

Bukan kerana kesejukan namun sudah lebih jam 10:00 pagi dan saya masih belum menghirup kopi.

Mujur ada gerai Caffe Nero di terminal bas. Walaupun tidak seenak mana kopinya, namun cukup untuk mengubat ketagihan.

Kami mengisi perut bas National Express bersama para penumpang lain menuju ke stesen bas Victoria namun kami turun di pertengahan jalan. Teruskan membaca

Standard
Jurnal, Redah Eropah

Redah Eropah: Episod 2

Penerbangan kami ke London berlepas pada jam 8:15 pagi.

Jadual seawal ini membuat kami bimbang lewat ke lapangan terbang dan ditinggalkan.

Maklumlah, rumah bujang dengan satu bilik air dan empat penghuni. Mahu beratur menunggu giliran mandi pagi pun sudah mengambil masa.

Jelas kami masih tebal Melayunya, walau sedingin mana pun pagi, mahu disental jua tubuh dengan air suam.

Kalau dibikin seperti pemuda dalam Seniman Bujang Lapok atau mana-mana jejaka Eropah, pasti pantas waktu bersiap pagi. Hanya perlu sental mata dan berus gigi.

Jadi kami mengambil keputusan untuk tidur di lapangan terbang. Ironinya, dengan keputusan ini kami tidak akan mandi pun. Cuma mampu memastikan diri untuk berada di lapangan terbang tepat pada masanya.

Mujurlah Lapangan Terbang Antarabangsa Dublin agak selesa untuk bermalam. Teruskan membaca

Standard