Fiksyen, Kispen

Kispen 152: Karib

“Kaulah rakan karibku.”

“Benar?”

“Benar. Paling karib, selamanya.”

“Sungguh?”

“Sungguh.”

“Baik. Andai kau sedang menikmati percutian idamanmu, entah meluncur salju di Český Krumlov, entah membeli-belah di London, entah disimbah neon di Times Square New York – dan kau menerima khabar bahawa aku telah mati.

Sudikah kau bergegas pulang dan berdoa di kuburanku?”

Standard
Fiksyen, Kispen

Kispen 151: Jambatan

Hampir saban hari Jamal menyeberangi O’Connell Bridge untuk ke tempat kerja. Sambil belajar, dia juga menyungguhi rutin selaku pembikin kopi di Starbucks Coffee.

Pengalamannya sebagai barista hampir dua tahun di Kuala Lumpur dimanfaatkan sepenuhnya. Hanya sepusingan temuduga, pengurus cawangan terus setuju. Dia cekatan benar dengan mesin kopi.

Jamal enggan menurut rusuh kawanan manusia mengejar lampu isyarat laluan pejalan kaki yang sudah bertukar dari hijau ke kuning.

Jam tangannya memberitahu dia masih ada lebih kurang 20 minit sebelum syifnya bermula. Dia melangkah perlahan sambil mengelak, bimbang merempuh atau dirempuh sesiapa.

Di tengah-tengah jambatan itulah, dia terlihat lelaki itu buat kesekian kalinya. Setiap kali Jamal menyeberangi O’Connell Bridge, lelaki itu akan duduk di tempat sama.  Teruskan membaca

Standard
Fiksyen, Kispen

Kispen 150: Riba

“Ahhh!”

Sebilah pisau bedah terbang dari genggaman Dr Syarif ke dinding, melantun, lalu gugur ke lantai seraya menghantar denting ke setiap sudut kamar bedah nan sunyi.

Kesemua jururawat membisu. Kaku. Begitu juga dua orang doktor pelatih yang masih berdiri di sisi pesakit, terutamanya yang mengumumkan waktu kematian tadi. Wajahnya pucat sekali. Dia tidak pernah melihat amukan pakar bedah.

Sehinggalah malam ini.

“Kenapa kau buat macam ni? Aku tak boleh lawan Kau,” Dr Syarif bersandar di dinding sambil mendongak dan menutup mata.

Dalam tempoh dua minggu, ini pembedahan ketiganya yang gagal.

“Keluar. Semua keluar!”  Teruskan membaca

Standard
Fiksyen, Kispen

Kispen 149: Gadis Coimbra

Syahrin terlongo. Dia berpaling sekali lagi ke belakang. Yang paling nyata di depan mata, Stephen Green’s Shopping Centre yang disimbah sinar lampu hijau. Itu saja bangunan yang dia kenal di Dublin. Tempat pertama yang dikunjungi bersama Redza yang belajar di sini. Sudah puas dia menolak ajakan Redza namun akhirnya mengalah jua.

“Lepak Manchester buat apa? Datanglah sini. Kami cuti tiga hari. Boleh tengok orang sambut St Patrick’s Day di Dublin. Baru meriah,” ujar Redza dalam perbualan telefon minggu lalu.

“Yalah. Tapi makan semua kau yang tanggung tau?” balas Syahrin.

Nyata Redza menepati janji. Baki sandwic ayam yang masih ada di tangannya dibikin oleh temannya sejak sekolah rendah itu. Apa yang diisi, Syahrin tidak peduli. Asalkan boleh ditelan.

Syahrin pandang semula ke hadapan. Semakin ramai manusia berkerumun di depan pentas persembahan yang dibina di tengah-tengah jalan, diapit oleh blok perniagaan dan St Stephen’s Green, antara taman awam terbesar di Dublin.

“Kamilah lanun dari Ringsend!” teriak vokalis kugiran di pentas diikuti sorak-sorai penonton. Teruskan membaca

Standard